Total Pageviews

Bacaan Yasin Perdana Setiap Hari Jumaat

Bacaan Yasin Perdana Setiap Hari Jumaat
Bacaan Yasin Perdana Setiap Hari Jumaat

Saturday, July 21, 2012

LAWATAN STAFF KE LANGKAWI

14 - 15 JULAI 2012, Staff SK Haji Dahlan telah merancang membuat lawatan sambil membeli-belah ke Pulau Lagenda iaitu Langkawi. Seramai 16 orang staff termasuk keluarga telah menyertai lawatan itu menggunakan 3 buah kenderaan. Lawatan telah terlaksana dengan baik dan lancar. Semua aktiviti yang dirancang juga dapat dilaksanakan dalam tempoh dua hari di sana.

Hikmah Penyembelihan

Umat Islam telah diperintahkan oleh Allah S.W.T untuk memakan makanan yang baik. Antara ciri-ciri makanan yang baik ialah makanan yang baik iaitu makanan yang berasaskan haiwan yang disembelih dengan nama Allah S.W.T.Ini bersesuaian dengan firman-Nya:
Dan janganlah kamu makan dari apa-apa yang tidak disebut nama Allah atasnya, kerana ia suatu kedurhakaan."
(Surah Al-Anam : 121)


Islam telah menetapkan bahawa terdapat haiwan tertentu yang perlu disembelih. Sembelihan ialah proses menghilangkan nyawa haiwan yang halal dengan cara memutuskan urat halkum dan urat merih dengan menggunakan alat tajam dengan niat kerana Allah S.W.T. Terdapat pihak yang menentang sembelihan ini sebagai amalan kejam dan menyeksa haiwan. Sembelihan mengikut Islam menghormati haiwan yang disembelih, sebagai contoh makruh jika penyembelih menampakkan pisau atau alat sembelihan dihadapan haiwan yang akan disembelih. Penyembelih juga tidak boleh menggunakan alat yang berasal daripada gigi, kuku atau tulang sebagai alat sembelihan. Alat sembelihan juga seharusnya tajam agar proses penyembelihan itu lancar dan mengurangkan kesakitan haiwan yang disembelih.

Terdapat hikmah disebalik perintah Allah ini, saintis Barat telah membuat penyelidikan dan mendapati daging yang telah disembelih mengikut Islam lebih segar dan selamat dimakan berbanding dengan cara lain seperti yang digunakan oleh Barat. Mengikut laporan Berita Harian, (9 Januari 2006) Prof. Wilhelm Schulze dan Dr.Hazim dari Universiti Hannover, Jerman berpendapat bahawa penyembelihan mengikut Islam lebih berperikemanuasiaan. Ini kerana, mengikut kajian mereka haiwan lebih terseksa jika dibunuh dan tidak disembelih mengikut Islam. Selain itu, jantung haiwan yang disembelih mengikut Islam juga terus mengepam darah keluar dari badan haiwan berbanding haiwan yang dibunuh. Ini dapat mengeluarkan kotoran daripada daging haiwan.

Selain daripada di atas, kaedah penyembelihan juga boleh menggelakkan daripada saraf tunjang haiwan dan tisu otak haiwan rosak. Ini boleh menyebabkan bakteria membiak disitu dan seterusnya merebak ke seluruh bahagian daging dan boleh menyebabkan penyakit. Daging yang disembelih mengikut Islam juga lebih lembut berbanding daging yang tidak disembelih. Ini membuktikan bahawa kaedah penyembelihan Islam dapat menyediakan daging yang segar, bersih dan bermutu. Memakan daging yang tidak disembelih mengikut Imam Al-Ghazali akan menyuburkan sifat-sifat buruk atau mazmummah dalam diri seseorang contohnya takbur dan riak. Selain daripada sudut kesihatan, penyembelihan juga merupakan satu penghormatan terhadap haiwan yang merupakan ciptaan Allah. Juga, penyembelihan dapat membezakan daging yang halal dimakan oleh orang Islam dan orang bukan Islam. Ia juga menunjukkan perbezaan dalam persoalan mematikan haiwan antara umat Islam dan bukan umat Islam.

Sebagai kesimpulan, penyembelihan ini mempunyai banyak hikmah dan manafaat terhadap manusia dan haiwan. Kita seharusnya yakin dengan bahawa penyembelihan merupakan cara terbaik untuk mematikan haiwan dan kita tidak harus ragu kerana ia tidak zalim dan merupakan perintah Allah yang perlu kita patuh.

(Salinan hasil nukilan untuk pengetahuan)

Membuat jalan simen ke Teratak Ilmu

Membuat jalan simen ke Teratak Ilmu

Gambar Kenangan Guru dan Kakitangan SKHD 2010

Gambar Kenangan Guru dan Kakitangan SKHD 2010

Guru Murid Mempraktikkan ilmu mengecat

Guru Murid Mempraktikkan ilmu mengecat

Gotong-royong Perdana Hari Guru

Gotong-royong Perdana Hari Guru

DALAM KENANGAN

DALAM KENANGAN
Pn.Chan Siew Nee (Bekas Guru Besar SKHD)

Lorem