Total Pageviews

Bacaan Yasin Perdana Setiap Hari Jumaat

Bacaan Yasin Perdana Setiap Hari Jumaat
Bacaan Yasin Perdana Setiap Hari Jumaat

Sunday, November 1, 2009

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2009









Pada 16 Oktober 2009 hingga 17 Oktober 2009, pihak sekolah telah mengadakan satu perkhemahan Unit Beruniform yang dibuat di dalam sekolah. Perkhemahan ini dihadiri oleh 100 orang murid tahun 4, 5 dan 6 yang terdiri daripada Unit Beruniform Pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) dan Puteri Islam.Aktiviti - aktiviti yang diadakan ialah memasang khemah, mencari harta karun, menghidupkan api, pertolongan cemas, belajar ikatan, kawad kaki, merempuh halangan, dan pertandingan memasak kuih melaka.

Wednesday, October 7, 2009

LARANGAN MELINTAS DI HADAPAN ORANG YANG SEDANG SEMBAHYANG

Baginda Rasulullah S. A. W. bersabda ....... "Apabila salah seorang dari kamu menghadap sesuatu yang dapat menutupinya dari orang, kemudian ada orang yang LALU di hadapannya, maka hendaklah ia MENOLAKNYA dari tubuh sebelah atas badannya. Jika orang yang lalu itu MEMBANGKANG, maka PERANGILAH ia kerana sesungguhnya ia adalah SYAITAN ..........."

dan menurut hadis yang lain ......

"Maka janganlah MEMBIARKAN seseorang lalu di hadapannya. Jika orang yang lalu itu MEMBANGKANG , maka hendaklah ia MEMERANGINYA, kerana sesungguhnya BERSAMA orang yang lalu itu adalah SYAITAN......." hadis riwayat Bukhari & Muslim.....

penjelasannya ?.. DISUNATKAN kepada setiap orang yang hendak sembahyang untuk membuat batas tempat sembahyangnya dengan menghadap pada tembok atau kayu yang panjangnya sekitar tiga suku hasta. Selain itu boleh juga meletakkan sesuatu atau membentang sejadah malah boleh juga dengan membuat batas atau garis pembatas sebagai tempat sembahyang. Maksudnya supaya ketika sembahyang tidak ada orang yang lalu dihadapannya kerana lalu di hadapan orang yang sedang sembahyang hukumnya HARAM. Orang itu harus DITOLAK .

dan ?.. Bagi orang yang mengetahui atau orang yang sedang sembahyang itu sendiri, disunatkan MENOLAKNYA dengan gerakan yang tidak sampai MEMBATALKAN sembahyangnya?. dan ?.. Dalam sembahyang BERJEMAAH, setiap BARISAN adalah pembatas bagi yang ada di belakang ??

Dengan siapa kamu duduk
Sekadar renungan ...

Barangsiapa yang duduk dengan lapan macam manusia akan ditambah Allah baginya lapan corak hidup:

1. Barangsiapa suka duduk berserta orang kaya, Akan ditambah Allah kecintaannya kepada dunia dan keinginan kepadanya.
2. Barangsiapa suka duduk berserta orang miskin, Akan dijadikan Allah baginya kesukaan bersyukur dan redha menerima pembahagian yang ditentukan Allah.
3. Barangsiapa suka duduk dengan Sultan (Pemerintah Negara), akan ditambah Allah kasarnya dan sombongnya.
4. Barangsiapa suka duduk dengan perempuan, (bukan muhrim) akan ditambah Allah bodohnya dan syahwatnya.
5. Barangsiapa suka duduk bersama kanak-kanak, akan ditambahkesukaannya bermain-main dan bersenda gurau.
6. Barangsiapa suka duduk dengan orang fasiq, akan bertambahlah beraninya berbuat dosa dan menunda-nunda taubat.
7. Barangsiapa suka duduk dengan orang-orang soleh, akan bertambahlah keinginannya untuk taat.
8. Barangsiapa suka duduk dengan para ulama' maka bertambahlah ilmu dan waraknya

Bahan Download Pra Remaja

Bahan untuk program selepas UPSR (Murid-murid Tahun 6 ).

Saturday, August 1, 2009

Kursus Kompang dan Genderang




Pada 1 Ogos 2009, (Sabtu), di Makmal Komputer SKHD, pihak sekolah telah menjemput guru kompang SK Sama Gagah, Pn.Haryati yang telah berpengalaman membawa kumpulan kompang hingga ke peringkat Negeri Perak untuk memberi pendedahan kepada semua guru SKHD.Kursus ini amat memberangsangkan kerana semua guru nampaknya penuh semangat untuk mempelajari menepuk kompang.Lihatlah gelagat mereka ketika mempelajari kompang.

Pembentangan Kajian Tindakan


Pada 1 Ogos 2009, Sabtu, di Makmal Komputer SKHD,Ustaz Khairul Anuar bin Arshad telah membentangkan kajian tindakan yang bertajuk MENGELAK KEKELIRUAN DALAM MENGENAL DAN MENYAMBUNG HURUF JAWI DENGAN KAEDAH HURUF ADIK-BERADIK UNTUK MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN TULISAN JAWI. Kaedah ini telah dialami sendiri oleh semua guru-guru yang hadir bagi melihat keberkesanan dan kelemahan dalam pelaksanaan kajian ini. Semua guru yang hadir berpuas hati dan tidak memberikan sebarang komen tentang kajian dan pendekatan yang dilaksanakan.

Thursday, July 30, 2009

Kursus Pembinaan Laman Web


Kursus ini dilaksanakan di Jotel Emarald Puteri, Sungai Petani, Kedah pada 29 hingga 31 JULAI 2009 dengan disertai dengan 24 orang Guru Pendidikan Islam daerah Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah.Hasil kursus ini membolehkan portal PPD Kerian unit Pendidikan Islam semakin terurus dan mantap dengan bahan-bahan yang di upload secara terkawal serta aktif.

Hikmah Penyembelihan

Umat Islam telah diperintahkan oleh Allah S.W.T untuk memakan makanan yang baik. Antara ciri-ciri makanan yang baik ialah makanan yang baik iaitu makanan yang berasaskan haiwan yang disembelih dengan nama Allah S.W.T.Ini bersesuaian dengan firman-Nya:
Dan janganlah kamu makan dari apa-apa yang tidak disebut nama Allah atasnya, kerana ia suatu kedurhakaan."
(Surah Al-Anam : 121)


Islam telah menetapkan bahawa terdapat haiwan tertentu yang perlu disembelih. Sembelihan ialah proses menghilangkan nyawa haiwan yang halal dengan cara memutuskan urat halkum dan urat merih dengan menggunakan alat tajam dengan niat kerana Allah S.W.T. Terdapat pihak yang menentang sembelihan ini sebagai amalan kejam dan menyeksa haiwan. Sembelihan mengikut Islam menghormati haiwan yang disembelih, sebagai contoh makruh jika penyembelih menampakkan pisau atau alat sembelihan dihadapan haiwan yang akan disembelih. Penyembelih juga tidak boleh menggunakan alat yang berasal daripada gigi, kuku atau tulang sebagai alat sembelihan. Alat sembelihan juga seharusnya tajam agar proses penyembelihan itu lancar dan mengurangkan kesakitan haiwan yang disembelih.

Terdapat hikmah disebalik perintah Allah ini, saintis Barat telah membuat penyelidikan dan mendapati daging yang telah disembelih mengikut Islam lebih segar dan selamat dimakan berbanding dengan cara lain seperti yang digunakan oleh Barat. Mengikut laporan Berita Harian, (9 Januari 2006) Prof. Wilhelm Schulze dan Dr.Hazim dari Universiti Hannover, Jerman berpendapat bahawa penyembelihan mengikut Islam lebih berperikemanuasiaan. Ini kerana, mengikut kajian mereka haiwan lebih terseksa jika dibunuh dan tidak disembelih mengikut Islam. Selain itu, jantung haiwan yang disembelih mengikut Islam juga terus mengepam darah keluar dari badan haiwan berbanding haiwan yang dibunuh. Ini dapat mengeluarkan kotoran daripada daging haiwan.

Selain daripada di atas, kaedah penyembelihan juga boleh menggelakkan daripada saraf tunjang haiwan dan tisu otak haiwan rosak. Ini boleh menyebabkan bakteria membiak disitu dan seterusnya merebak ke seluruh bahagian daging dan boleh menyebabkan penyakit. Daging yang disembelih mengikut Islam juga lebih lembut berbanding daging yang tidak disembelih. Ini membuktikan bahawa kaedah penyembelihan Islam dapat menyediakan daging yang segar, bersih dan bermutu. Memakan daging yang tidak disembelih mengikut Imam Al-Ghazali akan menyuburkan sifat-sifat buruk atau mazmummah dalam diri seseorang contohnya takbur dan riak. Selain daripada sudut kesihatan, penyembelihan juga merupakan satu penghormatan terhadap haiwan yang merupakan ciptaan Allah. Juga, penyembelihan dapat membezakan daging yang halal dimakan oleh orang Islam dan orang bukan Islam. Ia juga menunjukkan perbezaan dalam persoalan mematikan haiwan antara umat Islam dan bukan umat Islam.

Sebagai kesimpulan, penyembelihan ini mempunyai banyak hikmah dan manafaat terhadap manusia dan haiwan. Kita seharusnya yakin dengan bahawa penyembelihan merupakan cara terbaik untuk mematikan haiwan dan kita tidak harus ragu kerana ia tidak zalim dan merupakan perintah Allah yang perlu kita patuh.

(Salinan hasil nukilan untuk pengetahuan)

Membuat jalan simen ke Teratak Ilmu

Membuat jalan simen ke Teratak Ilmu

Gambar Kenangan Guru dan Kakitangan SKHD 2010

Gambar Kenangan Guru dan Kakitangan SKHD 2010

Guru Murid Mempraktikkan ilmu mengecat

Guru Murid Mempraktikkan ilmu mengecat

Gotong-royong Perdana Hari Guru

Gotong-royong Perdana Hari Guru

DALAM KENANGAN

DALAM KENANGAN
Pn.Chan Siew Nee (Bekas Guru Besar SKHD)

Lorem