







Pada 16 Oktober 2009 hingga 17 Oktober 2009, pihak sekolah telah mengadakan satu perkhemahan Unit Beruniform yang dibuat di dalam sekolah. Perkhemahan ini dihadiri oleh 100 orang murid tahun 4, 5 dan 6 yang terdiri daripada Unit Beruniform Pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) dan Puteri Islam.Aktiviti - aktiviti yang diadakan ialah memasang khemah, mencari harta karun, menghidupkan api, pertolongan cemas, belajar ikatan, kawad kaki, merempuh halangan, dan pertandingan memasak kuih melaka.